Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 2019 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan Raya Kecil Sandakan di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kelapan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong, 65 tahun (DAP) yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2019 lalu. Pada 23 April 2019, BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bagi kawasan Parlimen Sandakan kerana BN masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana PRK di Sabah selepas mereka kehilangan negeri berkenaan dalam PRU-14 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal pada 7 Mei dan kemudian, hari pengundian pada 11 Mei 2019.Pada malam keputusan, calon DAP, Vivian Wong Shir Yee berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu yang disandang oleh bapanya dan memperolehi majoriti besar sebanyak 11,521 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
PH-DAPVivian Wong Shir Yee16,012Menang
PBSLinda Tsen Thau Lin4,491Kalah
BebasHaji Hamzah Haji Abdullah788Hilang Deposit
BebasChia Siew Yung178Hilang Deposit
BebasSulaiman bin Abdul Samat126Hilang Deposit